schedule class

Friday, October 8, 2010

Ehoza Blogging Contest 2010

Poster by untouchable ehoza
(insan nie gk ler buat thumbnail banner utk mummy)

Pertandingan ini terbuka kepada semua kehidupan di mukabumi ini, tak kiralah ehozarian ataupun tak, blogger baru ataupun lama, yang sedia ada blog mahupun baru nak register. Tarak hal punya..

Melalui pertandingan ini, para peserta dikehendaki mengarang 1 entri blog berkenaan ehoza. Tak kisah la pasal apa pun, sama ada cerita gurau senda dengan ehozarian, info tentang ehoza, event pasal ehoza, boyer2 ehoza, atau apa sahaja berkenaan ehoza sekalipun. Tidak kiralah sama ada ianya adalah kisah benar mahupun rekaan hasil dari imaginasi anda sendiri. Tiada limit ditetapkan untuk membebaskan kreativiti, cuma suka diingatkan agar menyalahgunakan ketiadaan limit terbabit.

Cara penyertaan:

1. Buat 1 blog. (jika sudah ada, sila skip langkah ini. Jika tiada, bolehlah mencubanya berdasarkan tutorial di
SINI)
2. buat 1 entri berkenaan ehoza di blog anda.
3. poskan isi beserta link entri terbabit ke thread ini sebagai tanda penyertaan.
4. Poskan link entri terbabit di wall Facebook ehoza.com pada tempoh masa yang ditetapkan. (hanya sekali pos sahaja dibenarkan)

Tarikh pertandingan
28 September 2010 (2.00 PM)- 28 Oktober 2010 (2.00 PM)

Cara pengadilan

untuk pertandingan kali ini, kesemuanya akan ditentukan oleh juri-juri awam sepenuhnya. Ia kan dikira melalui 2 cara.

1. Poll undian dalam ehoza
Semua penyertaan akan dimasukkan ke dalam poll dan para ehozarian akan mengundi yang mana satukah paling menarik. Jika penyertaan lebih dari 20 orang,iaitu nilai maksimum poll, 2 poll akan dibuka dengan jumlah peserta yg sama dan pilihan secara multiple akan dibenarkan. Setiap 1 undian membawa kepada 1 markah.

2. Like button di facebook ehoza
Para peserta dikehendaki meletakkan link entri terbabit di wall facebook ehoza dalam satu tempoh waktu yang ditetapkan (29 Oktober 2010 - 4 November 2010). Dan setiap satu "like" yang bakal didapati oleh post terbabit akan membawa kepada 2 undian.

Kedua-dua undian ini akan dijalankan selama 1 minggu (29 Oktober 2010 - 4 November 2010)

Hadiah Utama
Wang tunai sebanyak RM100
1 tahun nama domain .com
1 bulan pakej pengiklanan di ehoza.com bernilai RM2000


Tips:

1. bagi yang masih baru mengenali ehoza, adalah digalakkan untuk mengambil masa untuk mengenali ehoza dan beramas mesra dengan para usernya terlebih dahulu. Gunakan tempoh 1 bulan itu dengan sebaik-baiknya.
2. Gunakanlah gaya penulisan yang sempoi bagi menarik perhatian pembaca.
3. Untuk undian di wall facebook ehoza, sila gunakan strategi yang baik bagi meningkatkan undian anda

Sebarang soalan bolehlah diajukan terus di thread ini atau PM saya.

Happy blogging

1 comment:

Anonymous said...

pening aku baca blog kau.....
warna tulisan tu trlalu mnyilaukan......

Followers