schedule class

Thursday, May 21, 2009

Bahaya Toksoplasma terhadap janin

Apakah Toksoplasma?

Toksoplasma adalah sejenis penyakit yg berpunca daripada parasit protozoa Toxoplasma gondii. Pembawa yg plg famous utk parasit nie is kucing (ye la, majoriti kita hvg a cat as pet).. but tahukah anda bahawa kesemua binatang mamalia adalah pembawa kpd parasit ini.

Bagaimana merebak?

Parasit nie hidup kt tanah n air.. means surrounding us, kemudian dipindahkan kpd kita secara langsung atau tidak langsung..

mcm mana secara lgsung? ramai kalangan kita suka bercucuk tanam dan sllnya mengunakan tgn untuk bercucuk tanam.. jadik secara langsung, kitalah pembawa parasit ini ke dlm rumah kita JIKALAU kita tidak mencuci bdn sebersihnya n kemungkinan memindahkan kpd makanan secara bersentuhan.

kalo x lgsung laks camna? melalui binatang, cthnya binatang ternakan seperti lembu, kambing, ayam, burung, kucing n sbgainya.. dipercayai bahawa binatang karnivor (ala, yg mkn binatang lain tu) yg memakan mangsanya yg dijangkiti parasit nie, otomatik la, parasit ni akan berpindah ke dlm usus pemangsa tu jugak.

jangkitan berlaku apabila telur parasit toxoplasma memasuki usus binatang n berkembang mjadik parasit. apabila binatang2 itu mngeluarkan najis, maka najis2 itu telah dipenuhi dgn domain2 parasit yg baru n berkali2 gandanya. najis2 ini pula diserap oleh tanah n air.. gitu la cycle nya.. n jangka hayat parasit ini adalah selama setahun di atas tanah.. itu pasal ler toxoplasma nie senang mencemari mknan, buah-buahan n sayuran melalui air yg mengandungi parasit ini..

tetapi, jangkitan ini tidak dijangkiti dari manusia ke manusia yg lain KECUALI dari ibu hamil kepada janin di dlm kandungannya

Apa effect ke atas janin?

Jika jangkitan berlaku ke atas janin yg berumur kurang dari 6bln, ia blh mngakibatkan noetal congenital toxoplasmosis (gangguan pd sistem saraf tunjang) n kemungkinan keguguran janin tersebut. check up n treament mestilah dilakukan awal2 pregnancy, supaya risk jangkitan tu blh dikurangkan.

utk mngesan jangkitan nie ke atas janin, blh ler kita buat ultrasound. kalo ultrasound tu tunjuk ada lebihan liquid kt perut, terdapat pengapuran di bhgn otak n bengkak pada saluran cairan otak.

Apa effect terhadap bayi?

  • kelainan pada saraf mata, muka pucat, kuning, demam, berlaku pembesaran hati n limpa atau pendarahan
  • gangguan fungsi saraf yg sbb-kan perkembangan motorik n kecergasan otak mnjadi lembab. akibatnya, perkembangan pertuturan terbantut
  • mudah alami kejang n kaku (sawan)
  • cacat bawaan, esp jika jangkitan berlaku pd usia kehamilan awal.
  • Hydrocephalus (pembesaran kepala)
  • kematian
simtom jangkitan:

  • pembesaran kelenjar di leher n kepala
  • sakit otot
  • demam yg berulang
  • rasa x sedap bdn

rawatan:

  • Spiramisin, satu antibiotik makrolidais 1 of rawatan pilihan untuk toksoplasmosis. Ia diluluskan untuk menggunakan semasa kehamilan di Eropah, tetapi di Amerika Syarikat ia boleh dibelikan hanya daripada pengeluar. Kesan-kesan buruk bagi spiramisin adalah minimum tetapi mengakibatkan gastrointestinal symptoms (rajin kentut.. hehehhe)
  • Sulfonamides juga digunakan, tetapi telah dikaitkan dengan jaundis neonatal (demam kuning).

sumber:
  • masalah & tips kehamilan (kompilasi majalah feminin)
  • Can Fam Physician (http://www.pubmedcentral.nih.gov/articlerender.fcgi?artid=1479740)
  • Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Toxoplasma_gondii)

2 comments:

Ejoy said...

hello mama :)

OweizMeZ said...

my sweet hearrrt!!!!

Followers