schedule class

Friday, May 22, 2009

masalah kesihatan sering berlaku time pregnant

altght kebykn kehamilan x der prob, tp still ada minority yg terpaksa berhadapan dgn malasah kesihatan.

TEKANAN DARAH TINGGI (PRE-EKLAMPSIA)


kesan :
saluran darah blh berhenti secara tiba2, sebabkan aliran oksigen kpd fetus berkurangan, kadar pertumbuhan fetus terjejas.
ia juga mampu merosakkan organ2 tubuh,, sprti kegagalan buah pinggang, jantung, fungsi hati, blh mnyebabkan kematian pd ibu, bayi atau both.

simtom:
blh dikesan bila preggy 20weeks, tekanan darah meningkat (130/90mmHg), berat bdn bertambah, buku lali, kaki, tgn membengkak (edema) n kesan protein dlm air kencing.
termasuk juga penglihatan kabur, sakit kepala, sakit ulu hati n muntah2.

punca:
lazimnya dihidapi oleh wanita pertama kali preggy, gemuk, mempunyai sejarah pre-eklampsia dlm keluarga.

rawatan:
doktor akan menasihati utk banyak berehat, ubat khas akan diberikan utk kurangkan tekanan darah. pengambilan garam juga harus dikurangkan.
jika berapa ditahap serius, pesakit akan dimasukkan ke hospital n dipercepatkan proses bersalin supaya baby dpt diselamatkan


DIABETES

penyakit ini adalah penyakit biasa yg dihidapi oleh ibu hamil altght meraka sihat before this. ini adalah kerana hormon estrogen n progesteron meningkat dgn tgi sehingga kandungan gula dlm darah turut meningkat.

kesan:
air ketuban terlalu byk, hidramnion (perut ibu berat dari ukuran normal), masalah buah pinggang spt glicoseria. ia juga kemungkinan utk bayi meninggal di dlm kandungan atau menjadikan bayi terlalu besar dari normal. ini mnyebabkn proses bersalin secara normal tidak dpt berlaku n memerlukan pembedahan.

punca;
keturunan, sentiasa keguguran, ibu yg terlalu gemuk, pernah melahirkan baby cacat n pernah mngalami kematian bayi ketika dilahirkan.

rawatan:
ubat anti diabetes atau insulin perlu diambil dgn nasihat doktor pakar



PENDARAHAN

jika pendarahan di bhgn faraj berlaku ketika kandungan berusia kurang dari 28mgu, kemungkinan anda mngalami keguguran, tetapi jikalau pendarahan berlaku selepas 28mgu, ini menunjukan plasenta anda berdarah.
hal iniberlaku apabila mulai terasing dari dinding rahim (placenta abruption) or plasenta terletak terlalu rendah dlm rahim n menutup seluruh atau sebahagian dari rahim (placenta praevia).

rawatan:
keadaan bergantung pada kedudukan plasenta, jika doktor mendapati kedudukan plasenta berisiko, anda akan dimasukkan ke dlm hospital n diperiksa dgn lebih rapi sehingga hari kelahiran.
jika ibu kehilangan byk darah, anda akan diberi transfusi darah n bayi mungkin akan dilahirkan secara Caesarean.



TOKSOPLASMOSIS


mama dh letak special article bout bahaya toksoplama nie.. blh refer kt 'Bahaya Toksoplasma terhadap janin'

briefly, toksoplasmosis nie berpunca dari parasit bernama 'toxoplasma gondii' yg blh dijangkiti dari najis binatang, daging separuh masak atau sayur yg tidak dicuci bersih. ia juga mungkin dipindahkan dari ibu mngandung kpd janin.


RAHIM TIDAK KUAT

dlm kelahiran biasa, leher rahim dlm keadaan tertutup sehinggalah tiba masa utk melahirkan. tetapi, keguguran yg sll terjadi selepas bln ke3 kehamilan mungkin disebabkan oleh rahim yg lemah.

rawatan:
doktor sll sarankan pembedahan kecil utk menjahit leher rahim di awal kehamilan. jahitan ini akan dibuka sebaik saja kontraksi bermula.


KEGUGURAN


keguguran sll berlaku before 28weeks pregnancy, n kebykan berlaku pada 12weeks pertama n sometime d mother pun still x tahu tht she is pregnant.
pendarahan faraj tanda awal keguguran berlaku, tp jika anda segera berbaring kemungkinan besar anda tidak akan kehilangan baby anda.

rawatan:
jika pendarahan adalah sedikit n tidak sakit, mungkin kandungan anda blh diselamatkn. utk memastikan segalanya baik, lakukan ultrasound.
jika pendarahan adalah byk n sakit, ini mungkin bermakna janin telah meninggal dunia, segera ke klinik supaya rahim dibersihkan (DnC)

minta bantuan kecemasan jika anda:
  • sakit kepala serius n berterusan
  • pandangan kabur
  • sakit perut berpanjangan
  • pendarahan rahim
  • ketuban pecah awal
  • kerap buang air kencing n sakit
  • tgn, muka n buku lali bengkak
  • suhu bdn cecah 38c
  • bayi x bergerak atau kurang dari 10tendangan dlm masa 12jam selepas 28weeks pregnancy


ANEMIA

anemia adalah kes kadar sel darah merah (hemoglobin @ Hb) di bwh jumlah normal.

punca:
kekurangan zat gizi utk pembentukan darah seperti zat besi, asid folat dan vit B12.

simtom:
  • bdn semakin lemah, lelah, kurang bertenaga, kurang nafsu makan, daya tumpuan kurang, sakit kepala, mudah dijangkiti penyakit, stamina tubuh kurang, pandangan mjadi gelap (ketika berdiri dari duduk)
  • wajah, selaput lendir kelopak mata, bibir n kuku menjadi pucat
  • sesak nafas bahkan penyakit jantung
rawatan:
ibu hamil yg menghidap anemia disarankan mengambil pil zat besi selama 3bln berturut-turut setiap hari.
mengambil sumber mknan yg mengandungi zat besi juga digalakkan seperti telur, susu, hati, ikan, daging, kacang sperti tempe, tauhu, kacang hijau, sayur hijau tua n buah-buahan sperti limau, jambu n pisang.

1 comment:

astalavista6048 said...

nice...sharing is caring lah katakan.
moga dikau sihat2 juga kan dipermudahkan kelak..

Followers