schedule class

Tuesday, October 13, 2009

Istimewanya Susu ibu

Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

  1. sentiasa segar (fresh)
  2. tersedia dalam suhu yang optimum
  3. tersedia steril
  4. tiada pencemaran
  5. tersedia bila-bila masa
  6. tiada tarikh luput
  7. species-specific
  8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
  9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
  10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
  11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
  12. mengandungi antibodi
  13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
  14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
  15. mudah hadam
  16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
  17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi
  18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
  19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
  20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana-mana susu lain di dunia! Subhanallah…

2 comments:

Anonymous said...

Hmm.. saya memang bercadang nk BF utk baby yang akan lahir nnti. Baby pertama saya. Nak tau.. adakah kualiti susu akan berubah kalau kita perah dan simpan susu tu sebabnya saya bekerja.

OweizMeZ said...

tahap kualiti susu yang paling baik dan berantioxidant tinggi apabila disimpan hanya dalam tempoh 48 jam di bahagian sejuk(bukan beku). Walau bagaimanapun, tidak semua khasiat di dalam susu ibu akan musnah di dalam proses pembekuan susu. Ianya masih baik jika dibandingkan dengan susu formula.

so jikalau bekerja, mummy nk cadangkan.. katakan puan telah menyimpan sebanyak 10 botol di bahagian beku. Setiap hari puan berjaya mengumpul 4 botol susu semasa bekerja. Apabila pulang ke rumah, simpan 3 dari susu perahan baru itu di bahagian sejuk (bawah peti ais) untuk kegunaan esok hari dan satu botol lagi ke dalam bahagian beku sebagai simpanan jangka panjang. Sebagai ganti, keluarkan susu yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti ais untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Oleh itu sebagai bekalan esok haro, anak puan akan menikmati 3 botol susu segar dan hanya satu botol dair koleksi yang agak lama, namun ianya masih cukup berkhasiat. Dengan cara ini, puan dapat mengekalkan khasiat dan kandungan antioksidant di dalam bekalan susu kepada anak puan.

Followers