schedule class

Friday, February 18, 2011

Hasad Dengki... eeeuuuuwwww...


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"
(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)


Di dalam hati setiap manusia ada tertanam perasaan ini, walau tidak kuat tetapi ia tetap ada. Hanya orang-orang yang terpilih oleh Tuhan sahaja iaitu Nabi dan para Rasul kita terpelihara daripada perasaan hasad dengki ini.

Mama bukan ingin berceramah tetapi hanya sekadar ingin berkongsi masalah hasad dengki ini di dalam masyarakat kita. Kenapa laaaa.. perasaan hasad dengki tebai sungguh dalam masyarakat Melayu. Memanglah tidak semua orang Melayu begitu tetapi ia adalah kuat. hampa2 pun mesti pernah mengalami pekara-pekara yang menjurus kepada hasad dengki ini.

Kebanyakkan masalah ini timbul kerana iri hati kepada kejayaan dan usaha orang lain. Orang lain susah payah berusaha untuk mencapai sesuatu tetapi orang di sekeliling hanya pandai mengutuk, memperlekehkan dan mengumpat orang lain di atas kejayaan orang itu. Kita ambil contoh seperti didalam bidang perniagaan, Jika seseorang itu berjaya dalam perniagaan ada sahaja yang tidak baik di lemparkan dan ada juga yang memarahi orang yang berjaya tersebut. Padahal orang yang berjaya tersebut tidak berhutang atau melakukan kesalahan apa-apa kepada si pedengki.

Mama kagum dengan masyarakat Cina di dalam perniagaan. Mereka mencetuskan persaingan yang sihat antara mereka dan membantu antara satu sama lain. Pernah atau tidak korg nk membeli sesuatu di kedai Cina tetapi barang tu dh abis? pastu tokey Cina sure bagitau kedai sebelah ada, atau dia sendiri akan pergi ke kedai sebelah mengambil barang. Betul tak?

Try korg pi pulak kedai Melayu yg sblh tu pun kedai Melayu. Jangan harap dia akan cakap kedai sebelah ada. Itulah ragam peniaga Melayu dan semua ini disebabkan perasaan dengki.

Baik dari apa jua pekara dengki ini tetap ada dalam hati orang Melayu dan tidak tahu bila ia akan berakhir. Kebanyakan adalah kerana dengki kepada bangsa sendiri. Ia bagai tidak sedar diri, diri sendiri adalah bangsa apa.

Cuba bawa perasaan dengki ia ke arah positif iaitu dengki tetapi ia di tukar sebagai semangat untuk lebih berjaya dan berusaha lebih kuat dari tidak buat apa-apa dengan hanya pandai berbual kosong menghabiskan masa di warung tidak kira siang atau malam.

Marilah kita membentuk hasad dengki itu kepada semangat yang positif supaya ia menjadi semangat untuk berusaha lebih Berjaya. Dan mari kita sedarkan orang kita agar menghargai bangsa sendiri.


sini mama letak sket tip-tip


Tips-Tips Menghilangkan Perasaan Dengki

1. Ucapkan tahniah kepada orang yang didengki itu ketika dia mendapat nikmat.
Contohnya orang tu baru melangsungkan perkahwinan. Kita belum lagi. Tengok pula suami dia kacak dan anak orang kaya. Siapa tak jeles? Heh. Jadi eloklah kita ucapkan *tahniah* dan bersalam dengannya. Mana tahu, ada keberkatan Allah Taa'la nak bagi kepada kita selepas ini untuk berkahwin pula?



2. Sanjung dan puji kebaikannya terutama di belakangnya.
Bila kawan kita naik pangkat dan dinaikkan gaji, kita mesti akan terasa. Lagi-lagi bila gaji kita yang berkelulusan tinggi juga ni cukup-cukup makan je. Seeloknya janganlah kita dengki dengan rezeki kawan kita itu. Bila kita bercerita tentangnya, kita seeloknya memuji dia kerana mungkin dia layak menerima anugerah itu kerana usahanya sendiri. Daripada sini, kita patut memperbaiki diri kita. Mungkin hari esok, rezeki kita pula?


3. Tutup kelemahan dan kesalahannya
Walaupun dia ada buat salah kepada kita atau orang lain, janganlah kerana perasaan dengki yang menebal, kita berkata buruk pasal dia pula. Memang akan timbul rasa tak puas hati, bila dia dapat apa yang kita takde, lagi-lagi bila dia dapat benda tersebut dengan cara yang salah atau tidak baik. Tapi siapa kita untuk menilai dia? Dia hanya manusia yang tak terlepas daripada kesalahan. Jadi apa kata, daripada kita gosip pasal dia kat belakang, kita cuba nasihatkan dia dengan cara yang baik? (Kalau tak makan saman tu, biarlah. Moga Allah s.w.t.bukakan hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.)


4. Ziarahilah dia dengan membawa hadiah
Kawan kita baru dapat anak yang comel. Kita yang dah berapa tahun kahwin, masih belum dikurniakan cahaya mata. Seeloknya kita ziarah dia dan beri diahadiah. Kita kongsi kegembiraan yang dia peroleh itu bersama. Bukan dengan rasa dengki. Tak elok ok.


5. Hormati dan sayangi orang-orang di sekelilingnya seperti ibu bapanya, ahli keluarganya dan anak-anaknya.
Kadang-kadang perasaan dengki itu lahir, kerana kurangnya perasaan kasih sayang kita sebagai manusia. Kalau kita benci dan dengki kepada orang itu, kadang-kadang kita patut melihat orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mungkin mereka ada buat baik kepada kita. Jadi kita cuba hilangkan perasaan dengki itu sambil mengenangkan kebaikan yang telah dilakukan oleh orang sekelilingnya supaya perasaan hasad dengki itu tertutup kembali. Insya-Allah.


6. Bela dia kalau ada orang yang memburuk-burukkannya.
Bila dah dengki, semua di mata ini nampak yang buruk saja. Dia buat air rasa tawar, dia masak rasa masin. Kalau orang lain sibuk mengata buruk, kita sepatutnya cuba baiki hati kita dengan mengelakkan diri daripada *tambah saham* mengata orang itu juga. Kadang-kadang kita perlu berfikiran positifterhadap orang yang kita dengki itu dengan memandang benda-benda baik yang ada dalam dirinya. Daripada situ, insya-Allah kita terhindar daripada perasaan dengki dan terlepas daripada *dosa* mengata orang di belakang.


7. Berdoalah kepada Allah s.w.t agar dihilangkan rasa dengki itu.
Selemah-lemah hati, kita haruslah kembali kepada DIA juga. Banyakkan mengucapkan Astagfirullah (Memohon Ampun padaMU Ya Allah) supaya terhindar daripada dosa hasad dengki terhadap orang lain. Kita cermin diri kita. Lihat kelebihan yang kita ada. Kita hayati hidup kita, lihat rezeki yang Allah s.w.t. telah kurniakan kepada kita. Berdoalah, semoga Allah s.w.t. pelihara hati kita daripada perasaan dengki itu.



"Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka ma`afkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah Al-Baqarah : 109)

2 comments:

Anonymous said...

salam kenal mama..sy mmg tgh nk cr info psl PHD ni mama dh buat entry..entry yang menarik..saya link kan entry mama ok kat blog saya..mekasaih..

OweizMeZ said...

tq so much fitri :)

Followers