schedule class

Wednesday, June 24, 2009

TakdiR - akustik



lagu nie... luv this song..

Monday, June 8, 2009

Pemakanan semasa Berpantang

Pemilihan makanan adalah bergantung pada individu
Sebaiknya minta nasihat dari doktor dan orang yang berpengalaman
  • Antara tips yang boleh dikongsi bersama:
    • Nasi mestilah nasi yang panas.Jangan makan nasi sejuk
    • Makan ikan segar
    • Dilarang mengamal atau memakan ikan masin kerana boleh mengakibatkan darah nifas cepat kering & berbau busuk serta melemahkan daya ketahanan fizikal & mental
    • Jika dikhuatiri berlaku perkara yang menyebabkan bisa-bisa batu merian (uterus) yg masih lemah & luka, sebaiknya elakkan makan ikan berbisa seperti:
      • bawal hitam
      • terubuk
      • ikan berduri
      • ikan pari
    • Jika dikhuatiri berlaku perkara yang menyebabkan kegatalan tempat sulit & kulit, sebaiknya elakkan memakan:
      • ikan kembung
      • ikan tamban
      • ikan tongkol
      • makanan laut
      • telur
    • Digalakkan memakan ulam seperti:
      • pucuk pegaga
      • pucuk mengkudu
      • ulam raja & ulam2 yg lain
    • Sayur-sayuran yg disyorkan selain ulam seperti:
      • sawi
      • peria
      • lobak merah
      • asparagus
      • brokoli
    • Boleh juga memakan buah-buahan semasa seperti:
      • epal merah(bkn masam)
      • buah kurma
      • buah tin
      • buah zaitun
      • buah delima
      • blackcurrant(air-ribena)
      • limau manis (kecuali limau bali)
    • Buah peach & anggur (tidak digalakkan pada ibu-ibu yg lemah pada bahagian dada & paru-paru seperti masalah bronkitis kerana boleh menyebabkan batuk
    • Digalakkan minum air rebusan manjakani atau akar kayu yg sewaktu dengannya utk:
      • membuang angin
      • mencuci darah & kotoran melalui peluh
      • mencuci pundi2 kencing & saluran usus
    • Harus minum air masak selalu tapi bukan minum dalam kuantiti yang banyak dlm satu masa.Takut nanti perut buncit.Minum kerap tapi sedikit.Pastikan air yang diminum adalah air suam
    • Perbanyakkan solawat sebelum minum
    • Cadangan masakan:
      • Daging / ikan / ayam masak dengan brokoli+halia+lada hitam
      • Cara-cara:
        • Ikan / daging / ayam digoreng tapi jangan banyak minyak
        • Bila dah masak masukkan halia, brokoli dan lada hitam. Letak sikit garam
        • Kalau muak dengan ayam / daging / ikan, goreng ikan bilis dengan halia

Friday, June 5, 2009

Chinese Gender Calendar...

rasanya ramai dh familiar with Gender Calendar nie.. but ramai yg kata x accurate cz x sama dgn gender baby yg kita scan tu.. actually FYI.. Calendar nie hanya accurate with ur age mngikut Lunar calendar.. pls check ur age here, Chinese Age. pls make sure korg letak negara yg korg dilahirkan tau..

kedian.. baru check calendar kt bwh nie..


Thursday, June 4, 2009

Tips pengiraan kalori makanan

ini mama dpt dari 1 of d doctor

daily energy requirement = berat(kg) * 30 calories

eg: berat mama 45kg * 30 = 1350 calories/day

katakan ler nk kurangkan dlm minggu tu 1kg.. means 45kg-1kg=44kg

so by tht week, pengambilan calories only 44*30 = 1320 calories/day

lagik 30calories/day tu (1350-1320 calories) kita akan withdraw dari part2 lemak kita yg sedia ada.. usually start dgn punggung ler..



PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori minuman

  1. minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
  2. minuman kotak 250g - 105 kal
  3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
  4. susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
  5. aiskrim 2 skop- 390 kal
  6. susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
  7. yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
  8. mentega 2 sudu teh - 75 kal
  9. keju chedar 1 keping -58 kal

Petua memilih makanan di restoran :
  • sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar
  • baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur.
  • Minta salad tanpa dresing
  • minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba
  • pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar
  • jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan
  • jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong
  • pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah
  • minta buah-buahan sebagai pencuci mulut
  • minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis atau beralkohol






  • Diet yg TIDAK Berkesan

    Berdiet kalo x kena gaya, akan beri more to negative side of effect.. hereby mama list down several konsep diet yg x berkesan

    * DIET YO-YO
    diet nie ala2 hujan kt Jitra nie.. kejap lebat, kejap kering kontang..

    means, when u feel like dieting, x nk mkn apa lgsung, but bila dtg mood nk mkn, mkn mcm tiada esok bagimu. secara logiknya, kalo dh x mkn apa lgsung, when u start eating, u will tend to eat double frm ur regular meals.. tidak bagus!!!


    *CRASH DIET
    omputih pgei 'cold turkey' diet..

    asalkan namanya makanan, semua u try to avoid... cannot...cannot... we need food fr energy, protein n byk lg zat2 penting utk bdn


    * PIL / MINUMAN PELANGSING
    sejibik like one of my family member.. sebut jer pil apa, air apa.. asal org kata bagus, leh kurus.. semua ditelan.. as mama tgk, menda2 yg ditelan tu, dh sama byk dgn 1whole meal lunch mama dh.. kedian, lepas dia telan segala menda tu.. disusuli dgn meals yg sukatan utk 2,3org mkn gk.. xder effect la gitu..

    pil/minuman pelangsing ada yg bertindak seperti clorox bleach utk membuang sisa2 toksik dlm bdn kita.. but baru menda tu nk bertindak.. kita humban lg dgn more sisa toksin..


    *FAT BLOCKERS
    ala.. dlm iklan menda nie sll tunjuk akan maltusikan lemak n minyak tu

    pil2 nie dipercayai akan menghalang lemak dari meresap ke dlm tubuh anda. hmm... mama lebih prefer dgn 'prevent is better than repair'.. dh x mo lemak dlm bdn... x yah ler mkn makanan berlemak.. save duit x yah beli mknan berlemak.. n more safer x yah beli pil fat blocker nie.. ekonomi nie..

    lemak still be needed by our body, but only very small quantity utk ditukar kepada energy


    *DIET KALORI RENDAH
    setiap manusia memerlukan tahap kalori berlainan bersesuaian dgn tubuh, sistem metabolisma n persekitaran..jadik.. kalo amik kalori rendah sari diperlukan, its will effect ur body laks..

    selain dari mngetahui tentang pengiraan kalori, blh rujuk kt pakar nutrisi berdekatan

    nnt kalo mama rajin, mama akan letak 1 simple chart how to count ur calories n food calories chart utk rujukan


    *UBAT ANTI OBES
    pil jenis nie kebanyakkan bagi kesan kt otak n sistem penghadaman. kira pil nie blh kasik psyco kt org tu.. hehehehe

    usually pil nie pakar nutrisi akan bg kt org yg betul2 parah keadaan obes dia

    Tuesday, June 2, 2009

    Aku & Dirimu

    tiba2 mama terasa jiwang sket... tersuka laks lagu nie...



    ari lasso - aku dan dirimu lirik

    tiba saatnya kita saling bicara
    tentang perasaan yang kian menyiksa
    tentang rindu yang menggebu
    tentang cinta yang tak terungkap

    sudah terlalu lama kita berdiam
    tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
    memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

    reff:
    duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
    perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
    dan kini hanya ada aku dan dirimu
    sesaat di keabadian

    jika sang waktu bisa kita hentikan
    dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan

    meleburkan semua batas
    antara kau dan aku, kita

    Monday, June 1, 2009

    Piramid Makanan Malaysia

    Makan pelbagai jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan berpandukan Piramid Makanan Malaysia. Terdapat 4 aras yang perlu kita ketahui :



    Aras 4 (Makan paling sedikit)
    Lemak, Minyak, Garam, Gula

    Aras 3 (Makan sederhana :2-3sajian)
    Susu, Dadih dan Keju
    Ikan, Ayam, Daging dan kekacang

    Aras 2 (Makan banyak : 3-5 sajian)
    Buah-buahan dan Sayur-sayuran

    Aras 1 (Makan paling banyak : 8-12 sajian)
    Bijirin dan hasil bijirin serta ubi





    Amalan makan secara sihat menyumbang kepada kesihatan optima yang seterusnya dapat mempengaruhi produktiviti, moral dan kesejahteraan pekerja.

    Pulut Seri Muka




    bahan A:
    1. Beras pulut 1/2kg - cuci n rendam
    2. santan + air sket (ikut keperluan)
    3. garam secubit
    Bahan B:
    1. daun pandan (di-blend ambil airnya) if xder blh ganti dgn pewarna DAN perasa pandan (tp x original ler)
    2. gula 2sudu besar
    3. santan
    4. tepung jagung 3sudu besar
    5. tepung beras 1 sudu besar
    6. telur ayam 6 bijik
    7. garam secubit
    8. serbuk kulit kayu manis secubit
    cara2:
    1. kita kena buat lapis pulut kt bwh tu dulu, so beras pulut tu tapis air buang, letak dlm bekas baked tu, campur santan, letak garam.. kacau n kukus.. kukus nie lg bagus dari tanak pulut cz nnt xder kerak
    2. skrg meanwhile tgu pulut tu masak, kita buat acuan hijau atas tu plak.. kacau semua 6bijik telur tu.. then tgal tepi..
    3. gula,tepung jagung, tepung beras di gaul sebati
    4. tuang dlm telur td, mix garam secubit + serbuk cinnamon.. dh kacau sebati..
    5. tuang air pandan laks.. kacau sebati lg..
    6. then nk naikkan sket warna hijau tu, blh titik pewarna hijau
    7. kacau sebati, last sekali masukkan santan..
    8. letak atas dapur dgn api kecik, kacau hingga semua campuran sebati
    9. bila pulut dh masak, padatkn pulut n tuang sebatian pandan kt atas pulut tu.. kukus bout 20min.. time to time tgk jgn kasik sebatian pandan tu gelembung.. kalo gelembung means dh over cook

    Chicken Pie




    1st kena buat pastri pie tu dulu
    Bahan2:
    1. tepung gandum (tepung serba guna also can) 500grm
    2. butter 250g
    3. lemak sayuran sket
    4. telur 4bijik
    5. baking powder 1sudu
    6. garam secubit
    Tepung gandum mix dgn baking powder, ayak halus.. campur butter sket2 (butter tu kalo potong cube better) n vege pure tu.. uli slow2 smpai serdak2 gitu, campur garam, masukkan telur.. uli lagik.. pastu letak dlm fridge dlm 20-30minit..

    meanwhile waiting for adunan pastri tu ready, kita buat inti..

    bahan2:
    1. isi ayam
    2. button mushroom (hiris halus)
    3. mix vege
    4. rempah kari (if nk rasa kari)
    5. pepper
    6. tepung gandum sket
    7. butter cair
    8. bawang merah n putih
    potong bawang merah n putih dadu, tumis.. kdian, lempar isi ayam yg dh dipotong dadu, pastu owei masukkan rempah kari n pepper, lempar sekalian mix vege n mushroom tu dlm periuk, goreng smpai kering..

    butter cair tu laks mix dgn tepung gandum sket, pastu kaco2 dgn inti yg dh buat td..

    skrg dh blh kluarkn adunan pastri dari fridge, uli bagi nipis pastu cover mangkuk pie (korg blh beli kt supermarket, mcm aluminium foil tu).. lekat2 kt dinding mangkuk pie tu, before that jgn lupa salut butter kt dinding dlm mangkuk tu..

    isi inti dlm mangkuk.. pastu buat satu lapis lagik cover atas pie tu.. nk sambung tepi pie tu, tekan dgn garfu.. pastu sapu kuning telur atas tu..

    panaskn oven, bakar 180c in 40minits..

    Followers